Aplikasi

Kemas Kini Telegram 8.2 Membawakan Ciri Paparan Kalendar Untuk Perkongsian Media


Telegram, sememangnya antara aplikasi permesejan yang popular di kalangan pengguna. Berbanding dengan WhatsApp, ia merupakan aplikasi yang menawarkan sejumlah ciri yang sangat berguna seperti contoh, storan awan dan akaun boleh diakses pada peranti lain.

Hari ini Telegram telah mengeluarkan kemas kini versi 8.2 yang membawakan ciri dan fungsi yang baharu. Pada perkongsian media dalam perbualan kini mempaparkan bar tarikh pada bahagian sisi yang boleh digunakan untuk carian media lebih pantas dengan menatal ke atas atau ke bawah. Untuk lebih tepat, pengguna juga boleh mencari pada perkongsian media dengan mengakses paparan kalendar mengikut hari dan tarikh media tersebut dikongsikan.

Bagi kumpulan dan saluran, pengendali kini boleh menggunakan ciri “Request Admin Approval” bagi menerima atau menolak pengguna yang ingin memasukinya. Setiap permintaan pengguna yang ingin memasuki melalui pautan jemputan boleh disetkan dengan menerima secara automatik atau perlu diulas terlebih dahulu. Pengendali juga boleh memeriksa akaun pengguna dengan lebih pantas bar permintaan di atasnya termasuklah pautan jemputan yang boleh disetkan mengikut nama dan jumlah pengguna.

Untuk aplikasi iOS, sebanyak 8 tema baharu telah ditambah pada ruang perbualan. Pengguna boleh mengeset tema mengikut cita rasa dan warna kegemaran masing-masing. Selain itu, perkongsian lokasi juga lebih mudah dan secara terus melalui menu lampiran di dalam bar mesej.

Setiap teks yang telah ditaip juga akan secara automatik menjadi sebuah kapsyen apabila memuat naik suatu media, oleh itu pengguna tidak lagi perlu menaip teks berkali-kali. Bagi peranti iOS 15, ruang Seting telah dikemas kini dengan rekaan baharu dan penambahan ikon termasuklah emoji dengan animasi yang boleh berinteraktif.

Sumber artikel: Telegram


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen