Aplikasi

Pelan Langganan Bebas Iklan Berbayar Bakal Diperkenalkan Oleh Telegram


Pada bulan lepas Telegram telah memulakan ujian bagi platform pengiklanan yang bakal digunakan pada servis permesejan mereka. Oleh itu, pengasas Telegram pada hari ini telah memperkenalkan pelan langganan berbayar bagi mendapatkan pengalaman bebas iklan.

Pelan langganan bebas iklan secara berbayar ini bakal ditawarkan pada kadar rendah. Dengan ini, pengguna boleh menyokong pembangunan dan perkhidmatan Telegram melalui pelan langganan tersebut. Pengasasnya sekali lagi menekankan bahawa iklan Mesej Tajaan ini hanya dipaparkan pada saluran sahaja dan tidak pada perbualan pengguna.

Pengendali saluran boleh menyahaktifkan pengiklanan ini bagi pelanggan mereka. Syarikat pengiklanan juga mempunyai pilihan berkenaan dengan ciri ini bagi memastikan iklan mereka disampaikan tanpa merugikan kedua-dua belah pihak.

Sumber artikel: Telegram

 


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen