Aplikasi

Netflix Games Kini Boleh Dimuat turun Di App Store


Barisan aplikasi permainan Netflix Games kini telah dilancarkan untuk iOS dan iPadOS dengan secara rasminya. Pengguna iPhone dan iPad boleh memuat turun aplikasi ini melalui App Store.

Netflix Games terdiri daripada aplikasi permainan yang dibangunkan sendiri oleh Netflix. Kesemua aplikasi ini tidak dipaparkan di dalam aplikasi Netflix yang rasmi. Pengguna hanya perlu mempunyai sebuah akaun Netflix dengan sekurangnya pelan Standard bagi membolehkan aplikasi permainan ini dimainkan. Setiap aplikasi perlu didaftar masuk dengan akaun Netflix anda.

Buat masa ini, di bawah ialah senarai aplikasi yang sedia untuk dimuat turun:

Setiap aplikasi ini percuma untuk dimain dengan tanpa sebarang bayaran tambahan atau pembelian dalam aplikasi dikenakan termasuklah iklan jika anda sudah mempunyai akaun Netflix Standard. Pelan langganan Netflix Standard ialah berharga RM44.90 sebulan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen