Aplikasi

Aplikasi Amazon Prime Video Kini Tersedia Untuk macOS


Amazon pada hari ini telah melancarkan aplikasi Prime Video untuk sistem operasi macOS. Aplikasi servis penstriman ini boleh dimuat turun dengan secara rasmi melalui Mac App Store. Dengan pengguna tidak lagi perlu menggunakan peranti iOS atau macOS termasuklah pada web.

Pelanggan Prime Video boleh strim kandungan atau muat turun video pada Mac untuk melihat secara luar talian. Kesemua kandungan Amazon Prime adalah tersedia untuk diakses dan ditonton melalui aplikasi ini pada komputer anda.

Ciri lain seperti Picture-in-Picture dan AirPlay juga disokong pada aplikasi ini. Ciri lain juga disokong seperti sambungan tontonan daripada peranti lain ke peranti lain tanpa perlu menonton dari mula. Pembayaran dan pembelian dalam aplikasi juga boleh dibuat secara terus.

Aplikasi Amazon Prime Video ini percuma untuk dimuat turun dan menyokong sistem operasi macOS Big Sur 11.4 dan ke atas. Langganan Amazon Prime diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini.

[Muat turun aplikasi Amazon Prime Video untuk Mac]


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen