Apple

“iPhone Utamakan Sekuriti, Pengguna Yang Mahu Memasang Aplikasi Pihak Ketiga Sila Guna Android” – Tim Cook


Apple sememangnya terkenal akan keutamaan mereka mengenai sekuriti bagi sistem-sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka. Kesemua sistem operasi seperti iOS, iPadOS, watchOS, tvOS dan macOS adalah bersifat tertutup dan tidak terbuka kepada syarikat lain.

iOS secara khususnya mempunyai sejumlah pengguna dan segelintirnya ada yang menggunakan aplikasi bukan rasmi daripada App Store. Terdapat juga tekanan yang mahu Apple membenarkan pemasangan aplikasi pihak ketiga tanpa menggunakan App Store. Sudah tentu Apple mengekang sehabis mungkin daripada perkara ini terjadi.

Ketua pegawai eksekutif Apple, Tim Cook dalam satu kenyataan kepada The New York Times menyatakan pengguna di luar sana mempunyai pilihan masing-masing. Mereka boleh memilih untuk mempunyai sebuah sistem operasi yang selamat dan mengutamakan sekuriti atau sistem operasi yang membolehkan pemasangan aplikasi melalui sideloading.

Menurut beliau, pengguna yang mahukan sideloading aplikasi boleh membeli peranti Android. Sekuriti dan privasi merupakan aspek penting bagi Apple untuk menjaga maklumat pengguna dan ia tidak akan menjadi sebuah iPhone jika kedua-dua aspek ini tidak diberi perhatian utama.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen