Apple Home

Ketua Servis Apple Home Meninggalkan Syarikat Selepas Dua Tahun Berkhidmat


Apple Home ialah merupakan suatu servis ekosistem yang menghubungkan peranti pintar dengan mudah. Dengan adanya protokol HomeKit, kesemua peranti pintar seperti kamera, lampu, termostat, suis dan sebagainya boleh dikawal melalui satu aplikasi sahaja dan juga dengan kawalan suara Siri.

Ketua kepada servis Home iaitu Sam Jadallah telah mengumumkan bahawa beliau telah meninggalkan Apple pada minggu lepas. Beliau mula berkerja di Apple pada tahun 2019 bagi meningkatkan kualiti dan penambahbaikan Apple Home ini.

Di bawah khidmat beliau, Apple telah memperkenalkan beberapa protokol yang baharu untuk HomeKit. Antara yang terbaharu ialah sokongan integrasi untuk menambah kunci pada aplikasi Wallet bagi sistem kunci pintu pintar.

Produk di bawah Apple Home seperti speaker pintar HomePod dilihat masih lagi ketinggalan berbanding dengan jenama lain seperti Google dan Amazon. Ini juga termasuklah sokongan sistem dan protokol HomeKit pada peranti pintar lain yang agak terhad. Pada tahun ini, hanya penambahan warna baharu sahaja bagi HomePod mini yang dibuat dan tiada penambahbaikan dari segi perkakasan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen