AirPods

Apple AirPods Generasi Ketiga Kini Boleh Didapati Pada Harga RM829 Di Malaysia


Pada hari ini Apple telah menjual komputer siri model MacBook Pro yang baharu dijual bagi pasaran Malaysia melalui laman jualan rasmi. Bersama-sama dengan itu, fon telinga nirwayar baharu iaitu Apple AirPods generasi ketiga yang diperkenalkan pada bulan lepas kini boleh didapati di Malaysia dengan secara rasmi.

Apple AirPods generasi yang ketiga kini hadir dengan rekaan serba baharu dan bersaiz kompak seperti seakan AirPods Pro. Fon telinga ini dijana oleh cip H1 dengan sistem Adaptive EQ. Pengguna boleh mendengarkannya dengan ciri Spatial Audio termasuklah audio Dolby Atmos. Sokongan codec AAC-ELD memberikan audio yang berkualiti tinggi dan percakapan yang lebih jelas ketika membuat panggilan FaceTime.

Dari segi ketahanan bateri, ia menawarkan penggunaan berterusan selama 6 jam atau 5 jam dengan penggunaan ciri Spatial Audio. Dengan kerangka pengecas, AirPods baharu ini boleh bertahan sejumlah 30 jam pendengaran audio. Kesemua fon telinga dan kerangka pengecas mempunyai perlindungan IPX4 yang mampu menahan daripada peluh dan percikan air.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan AirPods baharu ini pada harga RM829 melalui laman jualan rasmi Apple Malaysia. Untuk wakil penjual rasmi, anda perlu menunggu pengumuman oleh mereka mengenai stok bekalan dan cawangan yang menawarkannya.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen