iOS

iOS 15.1.1 Dikeluarkan Untuk iPhone 12 Dan 13 – Memperbaiki Masalah Panggilan Telefon


Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini iOS 15.1.1 yang khusus bagi siri model iPhone 12 dan iPhone 13. Kemas kini iOS 15.1.1 marginal ini hadir selepas kemas kini iOS 15.1 dikeluarkan pada bulan lepas.

Menurut Apple, kedua-dua siri iPhone tersebut mempunyai masalah ketika membuat panggilan telefon yang membuatkan panggilan telefon akan terputus begitu sahaja. Dengan kemas kini ini, pengalaman untuk membuat panggilan telefon telah ditambah baik.

Pengguna siri model iPhone 12 dan iPhone 13 adalah disarankan untuk memasang kemas kini ini pada iPhone masing-masing. Kemas kini ini tidak didapati pada siri model iPhone yang lain.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen