Mac

MacBook Dengan Cip Intel Tidak Lagi Ditawarkan Di Malaysia Oleh Apple


Bersama-sama dengan MacBook Pro yang baharu mula dijual di pasaran Malaysia, Apple juga turut menghentikan penjualan komputer riba mereka yang lain. MacBook yang dijana dengan cip Intel kini tidak lagi dijual di pasaran Malaysia melalui laman jualan rasmi Apple Malaysia.

Kini barisan model MacBook ialah MacBook Air dan MacBook. Kedua-dua siri model ialah menggunakan cip pemprosesan milik Apple sendiri iaitu M1, M1 Pro dan yang tertinggi sekali iaitu M1 Max. Kesemua cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri oleh Apple mempunyai pemprosesan berkuasa tinggi dan juga penjimatan tenaga termasuklah bunyi kipas yang perlahan serta tidak panas ketika melakukan suatu kerja.

Komputer lain yang masih menggunakan cip Intel iaitu iMac 27-inci masih lagi dijual, namun mungkin akan dihentikan penjualan tidak lama lagi. Sudah tentu wakil penjual rasmi Apple masih mempunyai stok bekalan komputer riba dengan cip Intel ini dan bakal ditawarkan dengan harga lebih murah apabila diumumkan.

Fasa peralihan penggunaan cip buatan sendiri Apple kini telah memasuki tahun pertama dan bakal lengkap pada tahun hadapan. Sebagai saranan, walaupun akan ada jualan MacBook dengan cip Intel lebih murah, adalah disarankan untuk membeli model terkini bagi sokongan sistem operasi dan penggunaan ciri yang lebih baik.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen