Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini marginal watchOS 8.1.1 khas untuk siri model Apple Watch Series 7. Kemas kini ini boleh dimuat turun pada aplikasi Apple Watch di iPhone masing-masing. Pastikan Apple Watch mempunyai bateri sekurang-kurangnya 50 peratus dan diletakkan atas pengecas serta berdekatan dengan iPhone.
Berdasarkan nota oleh Apple, kemas kini watchOS 8.1.1 ini adalah untuk menyelesaikan masalah di masa sebahagian model Apple Watch Series 7 tidak boleh dicas dengan betul. Sebahagian pengguna Apple watch Series 7 juga melaporkan proses mengecas agak perlahan, anda boleh membuat kemas kini ini bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Tambah Komen