Aplikasi

Meta Kini Sedang Menguji Ciri Teks-Ke-Audio Untuk Facebook Status

Selepas ciri teks-ke-audio yang diperkenalkan pada Instagram minggu lepas, Meta kini pula sedang cuba untuk mengimplementasikan ciri ini pada aplikasi Facebook. Dijumpai oleh pengguna Twitter Alessandro Paluzzi, ciri ini bakal digunapakai pada Facebook Status yang seakan sama seperti pada Instagram Stories.

Setiap kapsyen atau teks yang diletakkan pada Story boleh diucapkan kepada audio melalui suara kecergasan buatan. Sehingga kini, hanya dua suara sahaja yang boleh dipilih iaitu suara lelaki dan suara perempuan.

Buat masa ini, ciri ini masih lagi dalam ujian dan hanya pengguna terpilih sahaja yang dapat mengakses dan mencubanya. Tidak dipastikan bila ia akan dilancarkan kepada pengguna umum.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen