Aplikasi

Facebook Menangguhkan Penyulitan Hujung-Ke-Hujung Secara Tetap Untuk Messenger Dan Instagram Ke 2023


Syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Facebook dan kini sebagai Meta adalah merupakan pemilik kepada media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. Sebelum ini mereka pernah menyatakan proses untuk mengimplementasikan penyulitan hujung-ke-hujung secara tetap pada aplikasi Messenger dan Instagram sekurang-kurang tahun hadapan.

Namun, perkara ini terpaksa ditangguhkan sehingga ke 2023. Menurut Meta, ini adalah untuk mengelakkan dari sebarang kerentanan sekuriti dan tidak diimplentasikan sepenuhnya dengan stabil sebelum dilancarkan kepada pengguma umum.

Pengguna masih boleh menggunkan perbualan dengan penyulitan hujung-ke-hujung ini pada servis di bawah Meta. Untuk Messenger, anda boleh menggunakan dan mengaktifkan Secret Conversations secara manual pada peranti pintar. Bagi Instagram, pengguna perlu mencipta perbualan dengan penyulitan secara manual melalui Direct Message.

Selain daripada itu, pengguna boleh menggunakan WhatsApp yang telahpun diaktifkan dengan ciri penyulitan ini sepenuhnya bagi melindungi maklumat dan privasi masing-masing.

Meta juga tidak mengumumkan secara tepat bagi pelancaran penyulitan hujung-ke-hujung bagi kedua-dua aplikasi ini pada 2023 tersebut.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen