Aplikasi

Instagram Menguji Ciri Untuk Mengakses Akaun Dengan Memasukkan Nombor Telefon Yang Disimpan


Serangan sekuriti dan penggodaman sememangnya tidak boleh dielakkan lagi pada masa kini. Daripada akaun yang mempunyai sejumlah angka pengikut sehinggalah nama pengguna yang singkat dan unik adalah antara yang menjadi sasaran untuk dicerobohi dan diakses.

Instagram kini menguji untuk memudahkan pengguna untuk mengakses akaun mereka. Ciri Saved Phone Number ini adalah untuk membolehkan pengguna mengakses akaun dan menentusahkan akaun pemilik atau akaun yang berdaftar dengan nombor telefon tersebut tanpa perlu menghantar kod pada mesej.

Nombor telefon ini akan disimpan pada aplikasi Instagram di telefon pengguna menggunakan kod unik. Pengesahan nombor telefon bakal diminta kepada pengguna bagi yang mengakses tetapan akaun. Pengguna juga boleh menggunakan ciri ini untuk mendaftar akaun baharu atau membantu untuk log masuk akaun sedia ada dengan hanya mengesahkan nombor telefon yang telah disimpan pada aplikasi Instagram.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen