Aplikasi

Perkongsian Video Pada Stories Dengan Durasi Lebih 60 Saat Mula Diuji Oleh Instagram


Semua sedia maklum setiap satu Instagram Stories adalah berdurasi 15 saat sahaja. Jika pengguna yang mahu memuat naik video panjang, sudah tentu ia akan dipecahkan kepada beberapa bahagian sehingga lengkap durasi video tersebut. Perkara ini sering kali diperlihatkan pada Stories syarikat berjenama untuk mempromosi produk mahupun artis.

Oleh itu, pihak Instagram kini sedang menguji untuk memanjangkan durasi setiap Stories daripada 15 saat kepada 60 saat. Dengan ini, pengguna boleh merancang dan menyunting video mengikut durasi 60 saat tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Instagram Stories pengguna juga tidak lagi ‘bertitik-titik’ kecil apabila berkongsikan video berdurasi panjang selepas ini. Sudah tentu, setiap Stories akan hilang selepas 24 jam dikongsikan.

Ciri Stories dengan 60 saat ini masih lagi diuji kepada pengguna iOS terlebih dahulu. Tidak dipastikan bila ia akan dilancarkan kepada pengguna umum.

Sumber artikel: Alessandro Paluzzi (@alex193a)


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen