Apple

TSMC Akan Mula Menghasilkan Cip Modem 5G Direka Sendiri Oleh Apple


Menerusi laporan oleh Nikkei Asia melaporkan, pembekal cip utama kepada Apple iaitu TSMC bakal mula menghasilkan cip modem 5G pertama yang direka sendiri oleh Apple pada tahun 2023 kelak. Perkara ini sudahpun menjadi tumpuan utama Apple bagi menerajui penggunaan teknologi buatan sendiri berbanding pihak ketiga.

Sehingga kini, Qualcomm adalah pembekal cip modem yang terdapat pada barisan iPhone sebelum ini termasuklah siri model iPhone 13 yang baharu. Dalam pada itu, TSMC bakal menghasilkan cip modem 5G yang berasaskan teknologi rekaan 4nm kepada produk Apple pada tahun 2023 akan datang.

Dari cip pemprosesan siri A pada iPhone dan M1 pada iPad serta Mac, Apple kini tidak lagi mahu bergantung kepada pihak ketiga bagi penggunaan cip untuk produk mereka.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen