Aplikasi

Shazam Kini Hadir Dengan Ciri Mencari Lagu Untuk Durasi Lebih Lama


Aplikasi Shazam ialah merupakan servis carian muzik yang popular digunakan. Kini ia menawarkan carian sebuah lagu untuk durasi lebih lama bagi mendapatkan jawapan carian yang lebih tepat dengan menganalisakan audio yang dimainkan.

Pengguna Shazam boleh menggunakan ciri baharu ini dengan mengemas kini aplikasi kepada versi 15.0 yang terkini melalui App Store. Tiada ciri lain yang dinyatakan pada nota kemas kini.

Shazam juga diintegrasikan pada Control Center dan Siri bagi memudahkan akses carian yang lebih mudah. Dengan adanya Shazam, sebuah muzik atau audio boleh dikenal pasti dalam satu langkah sahaja. Aplikasi sangat berguna kepada seluruh pengguna.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen