Apple

Apple Disaman Sebanyak €10 Juta Di Itali Disebabkan Penggunaan Maklumat Peribadi Secara Agresif


Apple dan Google pada hari ini telah disaman oleh firma Italy Competition Authority sebanyak €10 juta (~RM43 juta). Kedua-dua syarikat ini didakwa telah menggunakan maklumat pengguna bagi tujuan pengikalan tanpa pengetahuan dan telah melanggar undang-undang hak pengguna Itali.

Firma tersebut menyatakan Apple dan Google telah menggunakan maklumat pengguna pada servis dan promosi tanpa kebenaran pengguna. Apple dikatakan secara langsung menggunakan data ini untuk menaikkan penjualan produk dan servis mereka melalui platform komersial (App Store, iTunes Store dan Apple Books). Apple juga dilaporkan tidak menyatakan secara jelas kepada pengguna bagaimana untuk menarik diri daripada maklumat mereka terus digunakan bagi tujuan komersial.

Dalam pada itu, Apple telah memberi maklum balas kepada MacRumors bahawa pandangan firma tersebut telah menyalah erti mengenai perkara ini. Apple berkata mereka sememangnya menjaga hak privasi dan maklumat pengguna dimana Apple hanya menghantar e-mel pemasaran kepada pengguna selepas menerima kebenaran. Apple juga berkata mereka tidak mengubah sebarang servis dan kedai digital untuk ditujukan khas kepada pengguna dan membolehkan pengguna sendiri untuk dinyakahtifkan pada bila-bila masa.

Apple akan membuat rayuan untuk saman ini.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen