Aplikasi

TikTok Melancarkan Semula Ciri Pertanyaan Soalan Oleh Penonton


Interaksi antara pengikut dan pengguna lain adalah salah satu perkara penting dalam media sosial. Sama seperti Instagram, TikTok kini melancarkan semula ciri pertanyaan soalan yang boleh diajukan oleh pengikut atau penonton mahupun pengguna lain kepada pengkarya.

Ciri ini juga telah ditambah baik dengan pilihan untuk mengundang pengguna lain bagi menjawab bersama soalan yang ditanyakan. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menghadkan undangan ini kepada pengikut, pengkarya yang diikuti, rakan yang mengikuti kembali atau tiada sesiapa.

Soal jawab yang ditanya dan dijawab juga boleh dipaparkan pada koleksi di profil masing-masing. Ciri ini boleh diaktifkan melalui Tetapan > Alatan Pencipta > Soal Jawab. Jika pengguna menyahaktifkan, sebarang soalan dan jawapan tidak dipaparkan pada akaun masing-masing bagi tatapan umum.

TikTok juga sedang menguji ciri “Ask on TikTok” yang juga sebagai soal jawab kepada komuniti secara terbuka. Di situ terdapat pelbagai soalan yang diajukan oleh pengguna lain dan setiap jawapan dipaparkan dalam video tersebut.

Ciri lain yang sedang diuji juga ialah membolehkan pengkarya untuk tag pengkarya atau pengguna lain dalam video sebelum diterbitkan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen