Berita

TM EasyFix Diperkenalkan – Membantu Pengguna Mengenal Pasti Dan Menyelesaikan Masalah Internet


Sejurus dengan tahun 2022 yang hanya tinggal sebulan sahaja lagi bakal tiba, pelbagai syarikat mengambil inisiatif bagi menjamin kepuasan pengguna yang menggunakan servis mereka. TM pada hari ini telah mengumumkan beberapa servis dan penambahbaikan untuk memenuhi kehendak pengguna di masa akan datang.

Servis perkhidmatan EasyFix telah diperkenalkan yang memfokuskan kepada bantuan atas talian untuk pengguna. Ia adalah untuk membantu pengguna mengenal pasti dan menyeselaikan masalah yang dihadapi secara kendiri dari rumah sahaja dengan langkah-langkah yang boleh diikuti.

Jika masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan sendiri oleh pengguna, servis EasyFix akan membuat satu laporan secara automatik kepada Unifi Care Crew bagi tindakan lanjut. Sebagai alternatif lain, pengguna akan dihubungkan secara terus kepada khidmat pelanggan Unifi melalui perbualan mesej.

Layari laman EasyFix ini untuk ujian diagnostik servis perkhidmatan internet yang anda gunakan. Diagnostik ini boleh dilakukan pada komputer mahupun telefon pintar anda.

Pada masa yang sama, TM juga menyatakan janji baharu untuk menyelesesaikan gangguan servis perkidmatan internet dalam tempoh 24 jam daripada waktu laporan atau aduan yang dibuat. Jika masalah tidak diselesaikan seperti tempoh dinyatakan, pengguna bakal mendapat rebat sebanyak RM50 yang disalurkan kepada akaun pengguna melalui aplikasi myunifi dalam masa 30 hari.

Perkara ini adalah secara efektif bermula dari hari ini iaitu 30 November 2021 dan tertakhluk kepada yang melanggani pakej 100Mbps dan ke atas. Menurut TM, penyelesaian ini meliputi masalah downtime dan sambungan internet buat masa ini dan bagi masalah yang berkaitan dengan kelajuan internet dan lain-lain belum lagi disokong. Tetapi ia bakal berubah di masa akan datang.

Pengguna yang layak dan tertakhluk kepada perkhidmatan ini akan diberitahu melalui notifkasi melalui SMS dan aplikasi myunifi. Sebarang maklumat lanjut mengenai EasyFix dan aku janji ini anda boleh melayari laman unificares ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen