Aplikasi

Permua Rocket League Sideswipe Kini Sedia Dimuat Turun Di App Store


Rocket League sememangnya popular dimainkan pada konsol dan komputer PC pada saban tahun. Permainan sukan berasaskan bola sepak yang dikawal menggunakan kenderaan ini kini telah hadir dalam versi permainan mudah alih dan boleh dimuat turun di App Store dengan rasmi.

Dengan Rocket League, ia menawarkan pengalaman bermain secara tiga dimensi yang membolehkan pengguna mengawal kenderaan dan mengikuti bola daripada pelbagai arah. Bagi Rocket League Sideswipe ini adalah berkonsep yang diringkaskan kepada dua dimensi dan menawarkan permainan berasaskan pandangan sisi.

Dari segi kawalan, ia telah dioptimasikan untuk permua dengan membolehkan pergerakan akrobatik dilakukan menggunakan roket untuk melompat dan terbang bagi mengawal bola. Pemain juga boleh menyambungkan alat kawalan permainan dengan menggunakan sambungan Bluetooth.

Kenderaan juga boleh dimodifikasi dan dikustomasikan dengan beberapa penambahbaikan yang boleh diakses dari semasa ke semasa. Pemain juga boleh mendapatkan pek “Rocket Pass” yang menawarkan pilihan modifikasi dan kustomasi yang lebih banyak dan boleh didapati pada tempoh pelancaran pramusim.

Terdapat dua pilihan permainan iaitu persendirian dengan rakan atau mod persaingan dengan pemain lain termasuklah carta kedudukan antarabangsa. Aplikasi Rocket League Sideswipe ini adalah percuma untuk dimuat turun di App Store dan menyokong peranti iPhone, iPod dan iPad yang menggunakan sistem operasi iOS 11 dan seterusnya.

[Muat turun Rocket League Sideswipe]


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen