Spotify baru sahaja mengeluarkan senarai Spotify Wrapped peribadi kepada seluruh pengguna. Dengan senarai ini, pengguna boleh melihat rangkuman apa yang didengari sepanjang tahun. Ini termasuklah lagu popular, artis, genre, podsiar dan banyak lagi. Bagi pengguna Apple Music, Apple juga mempunyai senarai tersendiri namun beberapa langkah perlu dilakukan terlebih dahulu.
Apple Music Replay ini menawarkan rumusan yang agak terhad berbanding Spotify Wrapped. Ia hanyalah mempaparkan jumlah jumlah jam mendengari, lagu popular yang didengari dan artis kegemaran. Untuk berkongsikan maklumat ini, pengguna juga perlu membuat tangkap layar berbanding Spotify yang boleh dikongsikan secara terus.
Untuk mengakses Apple Music Replay ini, anda perlu melayari laman Apple Music Replay pada pelayar web khususnya menggunakan komputer. Kemudian anda perlu log masuk akaun Apple Music sendiri dan seterusnya dapat melihat maklumat statistik akan penggunaan Apple Music peribadi.
Anda juga boleh mengakses Apple Music Replay ini melalui peranti iPhone, iPad dan Mac namun anda perlu membuat langkah di atas terlebih dahulu. Apple Music Replay boleh diakses pada tab Listen Now dan tatal ke bawah sehingga menjumpanya.
Tambah Komen