Aplikasi

Spotify Wrapped Peribadi Bagi 2021 Kini Sedia Untuk Diakses

Dengan memasuki bulan Disember, Spotify kini mula memberikan akses kepada Spotify Wrapped bagi pengguna platform mereka. Spotify Wrapped diadakan pada setiap tahun ini adalah rangkuman kesemua lagu popular, artis, genre, podsiar dan banyak lagi untuk membolehkan pengguna melihat apa yang didengari sepanjang tahun.

Sama seperti tahun lepas, Spotify Wrapped tahun ini dipaparkan melalui bentuk video stories beranimasi. Setiap satu stories akan menunjukkan statistik tersendiri berdasarkan maklumat yang dirumuskan oleh Spotify bagi seorang pengguna. Setiap maklumat adalah mengikut citarasa pengguna dan berbeza serta tidak semuanya sama. Dengan ini, pengguna boleh berkongsikan kepada media sosial bagi berkongsikan apa yang anda dengari sepanjang tahun ini.

Maklumat umum yang dipaparkan adalah jumlah jam mendengari, lagu popular yang didengari, artis kegemaran dan genre kegemaran. Bagi maklumat lain seperti podsiar, episod podsiar yang didengari adalah mengikut pengguna masing-masing jadi jangan terkejut jika anda tidak mempunyai maklumat ini pada Spotify Wrapped anda.

Untuk mengakses Spotify Wrapped, anda boleh ketik pada pautan ini atau mengakses pada aplikasi Spotify dan lihat pada halaman utama. Pastikan aplikasi Spotify anda telah dikemas kini kepada versi terkini.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen