Aplikasi

Spotify Kini Menguji Ciri Paparan Video Muzik Potret Umpama TikTok


Penggunaan video dengan paparan potret sememangnya popular pada zaman sekarang dengan adanya media sosial TikTok. Hampir kesemua video ini adalah berdurasi pendek tanpa menghilangkan bosan. Dalam pada itu, Spotify juga mula menguji ciri paparan video muzik potret pada aplikasi mereka.

Menerusi tab Discover yang baharu, pengguna boleh mengakses kandungan muzik dengan hanya menatal ke atas atau ke bawah bagi melihat video muzik portret oleh artis. Terdapat satu ciri dinamakan sebagai Canvas yang diperkenalkan oleh Spotify bagi membolehkan artis menambah video pendek untuk lagu, dilihat telah diimplementasikan bagi penggunaan ciri ini.

Melayari kandungan dan paparan video sebegini sememangnya popular digunakan pada TikTok dan media sosial bervideo yang lain juga telah mula menggunakan ciri ini. Oleh itu, ini memudahkan pengguna untuk mencari kandungan dengan hanya beberapa langkah sahaja.

Ciri ini masih lagi dalam peringkat percubaan dan hanya pengguna yang memuat turun versi beta melalui TestFlight sahaja yang boleh mencubanya. Tidak dipastikan bila ia dilancarkan kepada pengguna umum.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen