Berita

Ciri Shuffle Pada Muka Album Telah Dibuang Oleh Spotify Atas Permintaan Adele


Artis kelahiran United Kingdom, Adele telahpun melacarkan album beliau yang keempat bertajuk “30” pada minggu lalu. Album ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat beliau termasuklah dari seluruh dunia dan kini telah mencecah sehingga jutaan dimainkan melalui Spotify.

Menerusi ciapan di Twitter, album beliau ini antara yang unik sekali disebabkan tiada ciri shuffle untuk memainkan lagu secara rawak. Beliau juga memberi penjelasan ini adalah antara syarat yang ditetapkan bagi membolehkan album tersebut diakses dan dimainkan pada Spotify.

Menurut beliau lagi, susunan lagu pada album tersebut ialah seakan sebuah jalan cerita. Dengan ciri shuffle digunakan, sudah tentu jalan cerita ini akan berserabut dan tidak dapat dipahami oleh pendengar. Ciri shuffle masih boleh dipilih untuk diaktifkan secara manual selepas lagu dimainkan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen