Aplikasi

Aplikasi Spotify Kini Boleh Dikawal Dengan Arahan Suara Menggunakan Siri


Spotify telah mengemas kini aplikasi mereka bagi versi iOS di App Store. Menerusi versi 8.5.26 yang baharu, pengguna iOS 13 dan iPadOS 13 serta seterusnya boleh menggunakan arahan suara untuk mengawal aplikasi tersebut dengan Siri. Sebelum ini, ciri ini telah pun terdapat pada aplikasi versi beta yang mula diuji oleh pengguna terpilih.

Sokongan integrasi ini ialah dengan menggunakan SiriKit yang dilancarkan oleh Apple. Dengan ini, pengguna boleh meminta Siri untuk memainkan lagu, album dan senarai lagu yang terdapat pada Spotify. Pengguna Apple AirPods juga boleh menggunakan ciri baharu ini tetapi pastikan ia disambungkan pada iPhone dan tidak pada peranti yang lain.

Aplikasi Spotify ialah percuma dimuat turun di App Store. Pastikan peranti anda telah dikemas kini pada sekurangnya iOS 13 dan iPadOS 13 serta seterusnya bagi membolehkan untuk menggunakan ciri baharu ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen