Apple Car

Jurutera Di Bawah Projek Apple Car Telah Meninggalkan Apple Untuk Syarikat Teksi Udara


Projek Apple Car sememangnya hangat dikatakan oleh warganet yang meminati teknologi. Baru-baru ini, Apple dilaporkan sedang membangunkan kereta elektrik di bawah projek ini dan akan memperkenalkannya pada tahun 2025 kelak jika menepati tarikh sasaran yang ditetapkan.

Namun, Apple telah kehilangan seorang pengarah jurutera di bawah projek Apple Car ini iaitu Michael Schwekutsch. Beliau kini telah menyertai syarikat pembangunan dalam teksi udara iaitu Archer Aviation. Berita ini dilaporkan oleh CNBC berdasarkan akaun LinkedIn beliau yang menyatakan kini menggalas jawatan naib presiden kanan kejuruteraan syarikat tersebut. 

Beliau mula menyertai Apple pada bulan Mac 2019 bagi projek Apple Car ini sebagai pengarah kanan kejuruteraan. Sebelum ini, beliau bertugas di Tesla sebagai naib pengarah kanan kejuruteraan.

Apple mahukan sebuah kenderaan yang berasaskan ciri swapandu sepenuhnya. Apple juga dilaporkan sedang membangunkan perkakasan bagi pembangunan cip dan perisian untuk membolehkan ia dikawal sepenuhnya menggunakan automasi perisian.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen