Berita

Ini Adalah Senarai Emoji Yang Popular Digunakan Sepanjang 2021


Penggunaan Emoji sememangnya tidak akan hilang dalam setiap perbualan dalam talian. Selain daripada mudah untuk dipahami. ia juga meringkaskan perbualan tanpa perlu menaip panjang. Dalam pada itu, firma Unicode Consortium pada hari ini telah berkongsikan senarai emoji yang popular digunakan sepanjang tahun 2021 ini.

Emoji 😂 (menangis kegembiraan) adalah emoji yang popular dengan lebih lima peratus digunakan berbanding emoji lain. Emoji ❤️ (hati) pula hampir melepasi emoji menangis kegembiraan dalam penggunaannya.

Melengkapkan senarai carta 10 tertinggi, ini adalah senarai emoji yang popular digunakan: 😂 ❤️ 🤣 👍 😭 🙏 😘 🥰 😍 😊

Selain itu, Unicode Consortium juga menyenaraikan emoji yang popular berdasarkan kategori masing-masing:

  • 🚀 Kapal Roket dalam kategori Pengangkutan-udara
  • 💪 Bisep Dilenturkan dalam kategori Anggota Badan
  • 💐 Sejambak Bunga dalam kategori Tumbuhan-Bunga
  • 🦋 Rama-Rama dalam kategori Binatang
  • 🤸 Orang Melakukan Cartwheel dalam kategori Orang-Sukan

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai emoji dan perbandingan dengan tahun 2019, anda boleh melayari laman Unicode Consortium ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen