Apple AirTag

Apple AirTag Kini Digunakan Dalam Kegiatan Jenayah Pencurian Kenderaan Mewah

Peranti AirTag ialah merupakan aksesori tambahan yang diperkenalkan oleh Apple untuk memudahkan pengguna mencari suatu barang yang telah dikepilkan atau diselitkan dengannya. Dengan rangkaian Find My dan sejumlah peranti menggunakan iOS 14, pengguna boleh mencari AirTag ini walaupun berada jauh daripada iPhone kerana terdapat peranti lain sekitar yang saling berhubung secara awanama untuk memberitahu lokasi dengan tepat.

Dalam pada itu, kini muncul pula aliran baharu dalam kegiatan jenayah khususnya mencuri kenderaan. Polis bandar York di Kanada menerusi satu video telah memberi amaran kepada orang ramai mengenai penggunaan peranti ini dalam pencurian kereta mewah yang semakin meningkat.

Peranti kecil ini kemudiannya diselitkan pada bahagian badan kereta yang boleh diakses seperti tempat mengisi minyak dan sistem tunda pada bampar trak 4WD. Malah, ia juga boleh diletakkan pada bahagian lain yang mungkin agak sukar untuk pemilik mengaksesnya. Memburukkan keadaan lagi dimana pemilik kenderaan yang menjadi sasaran tidak menggunakan iPhone dan tidak boleh mengesan AirTag yang berada berdekatan dengan mereka.

Pengguna iPhone juga tidak selalu menerima notifikasi mengenai peranti AirTag yang berdekatan dan tidak semuanya membuat kemas kini kepada sistem operasi yang terkini. Di Malaysia, Apple Airtag ini dijual pada harga RM129 sebuah dan RM419 untuk empat peranti.

Orang ramai dinasihatkan untuk meluangkan masa seketika dengan memeriksa kenderaan masing-masing sekiranya terdapat peranti AirTag ini bagi mengelakkan daripada menjadi sasaran pencuri. Tidak mustahil bahawa aliran kegiatan ini bakal/sudah digunakan secara meluas di Malaysia pada hari ini.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen