iPhone

Apple Dilapor Bakal Melancarkan Siri Model iPhone SE Baharu Pada 2022 Dan 2023


Di samping peranti realiti terimbuh dan AirPods Pro yang bakal hadir tahun hadapan, penganalisis TF Securities Ming-Chi Kuo hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai siri model iPhone yang bakal tiba kelak.

Menurut beliau, Apple kini sedang merancang untuk melancarkan dua model iPhone SE bagi tempoh dua tahun akan datang. Siri model iPhone SE ialah merupakan model aras permulaan dalam siri barisan iPhone pada setiap tahun. Untuk generasi pertama, rekaan iPhone 5s digunakan semula dengan beberapa sedikit perubahan dilakukan dan kemudian untuk generasi kedua, rekaan iPhone 8 juga telah digunakan semula.

Bagi generasi ketiga, Ming-Chi Kuo menyatakan ia akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan dan dilengkapi dengan memori 3GB. Untuk generasi keempat pula, skrin iPhone adalah lebih besar dan dilengkapi dengan memori 4GB. Tidak dipastikan samada rekaan iPhone yang mana akan digunakan bagi kedua-dua generasi iPhone SE akan datang ini.

iPhone SE 1 dilancarkan pada bulan Mac 2016 dan dihentikan pada September 2018 dengan storan 16GB pada harga RM1,949 dan RM2,449 untuk 64GB. Bagi iPhone SE 2 pula dilancarkan pada Mac 2020 dan dijual sehingga kini dengan storan 64GB pada harga RM1,999 dan RM2,199 untuk 128GB. Kedua-dua model ini mula memasuki pasaran tempatan pada bulan April tahun dilancarkan.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen