iOS iPadOS macOS watchOS

Versi RC Untuk iOS 15.2, iPadOS 15.2 watchOS 8.3 Dan macOS Monterey 12.1 Telah Dikeluarkan


Dengan akhir tahun yang semakin menghampiri, pengujian sistem operasi kini juga telah memasuki peringkat terakhir. Apple pada hari ini telah mengeluarkan iOS 15.2, iPadOS 15.2, watchOS 8.3 dan macOS Monterey 12.1 versi Release Candidate (RC) kepada pembangun aplikasi dan juga pengguna yang berdaftar di bawah program Beta Umum.

Versi RC ini ialah sama seperti yang bakal dilancarkan kepada pengguna umum di seluruh dunia kelak. Dalam pada itu, kesemua sistem operasi ini akan dilancarkan dengan rasmi tidak lama lagi. Berkemungkinan ia akan boleh dikemas kini pada minggu hadapan.

Bagi pengguna yang berdaftar dan layak, anda boleh membuat kemas kini melalui aplikasi Seting. Bagi iOS 15.2 RC ini, nombor binaan ialah 19C56.

Selain itu, Apple juga turut mengeluarkan kemas kini bagi versi RC untuk sistem operasi yang lain:

  • watchOS 8.3 RC (nombor binaan: 19S55)
  • iPadOS 15.2 RC (nombor binaan: 19C56)
  • macOS Monterey 15.1 RC (nombor binaan: 21C51)

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen