Apple Watch Info

Apple Watch Series 5 40mm Mempunyai Rekaan Bateri Baharu Dan Kapasiti Lebih Besar


Semalam, iFixit telah melakukan peleraian Apple Watch Series 5 bagi model 44mm yang mempunyai beberapa perubahan komponen termasuklah bateri yang lebih besar. Untuk perbandingan, iFixit juga melakukan peleraian bagi model 40mm dan menjumpai perubahan pada rekaan bateri yang berlainan dengan model sebelum ini.

Rekaan bateri pada model Series 5 40mm mempunyai kerangka besi disekelilingnya, yang mungkin diperbuat daripada bahan aluminium. Ini adalah sangat berbeza dengan rekaan bateri litium-ion yang terdapat pada hampir keseluruhan produk Apple setakat ini yang menggunakan pembalutan plastik berwarna hitam.

Kiri: Series 5, Kanan: Series 4

Menurut iFixit berpendapat berdasarkan paten oleh Apple, kerangka aluminium ini direka untuk menjimatkan ruang pada dalaman peranti. Ia juga dilihat sebagai pengedap kepada bateri bagi mengurangkan impak dan risiko seperti tercucuk yang boleh mengancam nyawa seperti kebakaran dan juga menghidu kebocorang gas pelepasan fluorida toksik bateri tersebut.

Bateri pada Apple Watch Series 5 bagi model 40mm mempunyai kapasiti yang lebih besar sebanyak 10% iaitu 0.944Wh berbanding 0.858Wh yang terdapat pada model 40mm untuk Series 4. Menurut iFixit lagi, rekaan ini dilihat hanya terdapat pada model 40mm untuk Series 5 sahaja yang tidak terdapat pada model 44mm. Tidak dipastikan mengapa Apple memilih untuk mengemas kini rekaan bateri baharu pada satu model sahaja.

Ini mungkin adalah satu percubaan kecil oleh Apple untuk melihat dari segi ketahanan dan kekuatan binaan bateri tersebut. Tidak mustahil untuk Apple membuat perubahan drastik pada rekaan bateri untuk produk Apple yang lain selepas ini.

Sumber: iFixit

 


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen