Info iPhone

Peleraian Apple Watch Series 5 Oleh iFixit Memperlihatkan Bateri Yang Lebih Besar Dan Komponen Seakan Series 4


iFixit telah melakukan peleraian bagi peranti jam tangan pintar Apple Watch Series 5 yang baru sahaja dilancarkan pada beberapa minggu lepas. Hasil peleraian tersebut menunjukkan hampir keseluruhan komponen dan bahagian dalaman Series 5 adalah seakan sama seperti Series 4. Bahagian luaran kedua-dua siri juga tampak sama jika tidak memeriksa pada bahagian bawah jam.

Perubahan yang ketara ialah ciri skrin sentiasa aktif yang terdapat pada Series 5. Menurut iFixit, Apple Watch Series 5 mempunyai cip pengurusan kuasa yang ditambah baik dan paparan yang baharu termasuklah sensor cahaya ambien pada skrin bagi membolehkan penggunaan ciri tersebut tidak mengganggu jangka hayat bateri.

Kiri: Series 5, Kanan: Series 4

Terdapat juga komponen kompas terbina yang dijumpai dan juga bateri yang lebih besar berbanding Series 4 (1.4% besar untuk model 44mm). Apple Watch Series 5 menggunakan cip pemprosesan S5 dengan dwi-teras 64bit tetapi masih menggunakan CPU dan GPU yang terdapat pada Series 4 dan prestasi keseluruhan adalah sama.

Menurut iFixit lagi, terdapat beberapa perubahan kecil pada kabel port sambungan untuk Taptik Engine, paparan skrin dan bateri. Oleh itu, ketiga-tiga bahagian komponen ini tidak boleh ditukar ganti antara kedua-dua siri.

Sumber: iFixit


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen