Apple Watch Info

Tali Jam Bermagnet Akan Menyebabkan Gangguan Pada Kompas Apple Watch Series 5


Salah satu ciri baharu yang terdapat pada Apple Watch Series 5 ialah mempunyai kompas terbina bagi membolehkan pengguna untuk mengetahui lokasi dengan lebih tepat. Ini termasuk juga dengan aplikasi Compass yang memaparkan memaparkan latitud, bujur, ketinggian semasa dan lain-lain.

Apple menerusi laman web mereka menyatakan bahawa penggunaan tali jam yang bermagnet boleh menjejaskan kompas pada Apple Watch. Tali jam seperti Milanese Loop, Modern Buckle, dan Leather Loop mempunyai magnet. Bagi tali jam seperti Sport Bands, Sport Loops, Link Bracelets, Nike, dan Hermès tidak mempunyai sebarang magnet.

Gangguan magnet ini boleh menjejaskan bacaan pada semua kompas. Bagi yang ingin membeli Apple Watch Series 5 ini pastikan anda tidak salah memilih tali jam.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen