Acara Khas Apple Apple Watch

Apple Watch Series 5 Diperkenal Dengan Skrin Sentiasa Aktif, Titanium Dan Seramik


Bersama-sama dengan kemas kini produk Apple yang lain, Apple juga turut memperkenalkan siri jam tangan Apple Watch yang baharu iaitu Series 5. Apple Watch Series 5 ini masih mengekalkan rekaan yang sama seperti Series 4 tetapi dengan beberapa penambahbaikan.

Skrin Apple Watch Series 5 masih ditawarkan dengan saiz 40mm dan 44mm tetapi dilengkapi dengan paparan skrin yang sentiasa aktif dan menyala (Always On Display). Menurut Apple, kekuatan dan ketahanan bateri masih dapat kekal bertahan selama 18 jam walaupun ia sentiasa aktif.

Selain itu, Apple Watch Series 5 ini juga mempunyai kompas terbina yang membolehkan pengguna untuk mengetahui lokasi mereka. Untuk ciri Kecemasan SOS, telah ditambah dengan penambahan panggilan kecemasan antarabangsa dan ia boleh dibuat tanpa iPhone disisi tidak kira dimana anda berada.

Kemasan Apple Watch Series 5 ini masih ditawarkan dengan bahan aluminium dan dua bahan binaan baharu iaitu titanium dan seramik. Tarikh dan harga penjualan Apple Watch Series 5 ini masih belum diumum buat masa ini.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, Apple juga turut mengumumkan penjualan Apple Watch Series 3 masih dijual dengan harga baharu:

  • 38mm – RM849
  • 42mm – RM999

Hanya dua versi sahaja yang dijual iaitu Apple Watch Series 3 dan Apple Watch Series 3 Nike. Untuk Apple Watch Series 4 pula:

  • 40mm – RM1539
  • 44mm – RM1689

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen