Apple Watch Berita

Apple Watch Series 5 Kini Boleh Didapati Di Malaysia Bermula

Laman jualan Apple Malaysia kini telah mengemas kini harga bagi jam tangan pintar baharu iaitu Apple Watch Series 5. Jam tangan ini diperkenalkan pada 11 September yang lepas ketika acara khas untuk pelancaran model iPhone baharu untuk tahun ini dilakukan.

Berikut ialah senarai harga mengikut model dan edisi serta kemasan:

Apple Watch Series 5 ini masih mengekalkan rekaan yang sama seperti Series 4 tetapi dengan beberapa penambahbaikan. Dari segi saiz pula, masih lagi ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 40mm dan 44mm. Paparan skrin Apple Watch Series 5 ini dilengkapi ciri yang sentiasa aktif (Always On Display). Menurut Apple, ketahanan bateri masih dapat kekal bertahan selama 18 jam walaupun ia sentiasa aktif.

Selain itu, Apple Watch Series 5 ini juga mempunyai kompas terbina yang membolehkan pengguna untuk mengetahui lokasi mereka. Namun, penggunaan tali jam yang bermagnet boleh mengganggu dan menjejaskan pembacaan kompas seperti latitud, bujur, ketinggian semasa dan lain-lain menjadi tidak tepat. Bagi ciri Kecemasan SOS pula mempunyai penambahan panggilan kecemasan antarabangsa dan ia boleh dibuat tanpa iPhone disisi tidak kira dimana anda berada.

Dari segi kemasan pula, Series 5 masih lagi ditawarkan dengan bahan aluminium dan juga terdapat dua bahan binaan baharu iaitu titanium dan seramik. Namun bagi pasaran Malaysia, hanya kemasan aluminium dan dua edisi sahaja iaitu yang biasa dan edisi Nike.

Apple Watch Series 5 ini hadir dengan kemas kini watchOS 6 yang baharu. watchOS 6 ini menawarkan pelbagai muka jam baharu seperti Modular Compact, Solar Dial, California, Gradient, dan Numerals faces. Aplikasi App Store juga boleh didapati dengan fungsi carian termasuklah memasang aplikasi secara terus melalui Apple Watch tanpa perlu menggunakan iPhone.

Terdapat juga aplikasi kalkulator ‘mini’ serta aplikasi Audiobooks dan Voice Memos yang berasaskan antaramuka Apple Watch. Aplikasi Noise juga hadir dengan ciri mengesan tahap bunyi dalam persekitaran luar. Selain itu, Apple juga memperkenalkan aplikasi Cycle Tracking yang bercirikan kesihatan iaitu pengiraan kitaran haid khas untuk kaum wanita pada watchOS 6 ini.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen