Diikuti dengan kemas kini iOS 13.2 dan iPadOS versi beta 2 yang dikeluarkan kepada pembangun dan pengguna berdaftar semalam, pengguna model iPad Pro 2018 telah mendapati kemas kini tersebut tidak tersedia untuk dikemas kini. Terdapat beberapa pengguna melaporkan kemas kini ini telah menyebabkan model iPad Pro 2o18 mereka tidak boleh digunakan seperti biasa.
Sebahagian model tersebut tersekat ketika proses kemas kini dan gagal berfungsi. Hanya satu cara sahaja iaitu dengan memasukkan ke dalam mod DFU dan membuat proses Restore pada perisian iTunes. Namun, terdapat pengguna yang tidak dapat menyelesaikannya dengan cara ini dan perlu melalui pihak Apple.
Apple dengan itu telah menarik semula kemas kini dan pengguna yang ingin membuat kemas kini akan mendapati sebuah notifikasi menyatakan kemas kini ini tidak boleh dilakukan kerana masalah sambungan Internet. Walaupun peranti tersebut disambungkan dengan sambungan Internet yang stabil.
Versi beta 2 yang baharu mungkin akan dikeluarkan dengan nombor pembangunan yang baharu dan bakal tersedia kepada pengguna. Buat masa ini, pemilik iPad Pro 2018 disarankan untuk mengelakkan daripada memasang versi beta 2 ini.
Sumber artikel: MacRumors
Tambah Komen