iOS Program Public Beta

Apple Mengeluarkan Versi Beta 2 Untuk iOS 13.2 Dan iPadOS 13.2 Kepada Pembangun Dan Pengguna Berdaftar

Apple telah mengeluarkan kemas kini beta 2 bagi iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 kepada pembangun dan juga pengguna berdaftar di bawah program Public Beta. Kemas kini ini hadir selepas versi beta 1 dikeluarkan pada minggu lepas dan diikuti dengan kemas kini iOS 13.1, iOS 13.1.1 dan iOS 13.1.2 yang dikeluarkan 2 minggu lepas.

iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 versi beta 2 boleh dikemas kini melalui fail IPSW dimuat turun dari laman Apple Developer Center. Bagi pengguna berdaftar, pastikan anda telah memasang profile certificate publi beta iOS 13 pada peranti untuk membolehkan membuat kemas kini menggunakan OTA iaitu melalui Settings > General > Software Update.

Versi beta 1 sebelum ini telah membawakan pelbagai ciri dan fungsi baharu. Ciri Deep Fusion kini boleh diaktifkan pada kesemua model iPhone 11 yang membawakan pembelajaran mesin bagi memproses imej pada setiap piksel, tekstur, butiran yang jelas, dan “noise” di setiap bahagian imej. Beta 1 juga telah mengaktifkan kembali ciri Announce Messages With Siri termasuklah ikon Apple AirPods yang memperlihatkan rekaan baharu dengan fungsi pembatalan hingar aktif atau active noise control (ANC), juga dikenali sebagai noise cancellation, atau active noise reduction (ANR).

Maklumat lanjut, anda boleh membaca senarai ciri dan fungsi baharu pada beta 1 di artikel ini. Untuk mengetahui senarai ciri dan fungsi baharu pada iOS 13.2 Beta 2 ini, anda boleh lihat pada artikel ini.

Gambar: @isiosstable

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen