iOS iPadOS Program Beta Umum

Apple Mengeluarkan Versi Beta 1 Untuk iOS 13.2 Dan iPadOS 13.2 Kepada Pembangun Dan Pengguna Berdaftar


Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini beta 1 bagi iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 kepada pembangun dan juga pengguna berdaftar di bawah program Public Beta. Kemas kini ini hadir selepas iOS 13.1 dikeluarkan kepada umum pada minggu lepas dan diikuti dengan kemas kini kecil iaitu iOS 13.1.1 dan iOS 13.1.2 yang dikeluarkan dengan jarak beberapa hari sahaja.

iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 versi beta 1 boleh dikemas kini melalui fail IPSW dimuat turun dari laman Apple Developer Center. Bagi pengguna berdaftar, pastikan anda telah memasang profile certificate publi beta iOS 13 pada peranti untuk membolehkan membuat kemas kini menggunakan OTA iaitu melalui Settings > General > Software Update.

Kedua-dua versi iOS ini sememangnya dijangka untuk dikeluarkan selepas Apple sendiri mengesahkan semalam mengenai ciri Deep Fusion dan juga pada laman web Apple Feedback sebelum ini. iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 dijangka akan diuji dengan beberapa versi sebelum dilepaskan secara rasmi kepada umum kelak.

Untuk mengetahui senarai ciri dan fungsi baharu pada iOS 13.2 Beta 1 ini, anda boleh lihat pada artikel ini.

Gambar: @APPLEH4CKZ


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen