iOS iPadOS Program Public Beta

Apakah Yang Terbaru Pada Kemas Kini iOS 13.2 Beta 1

iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 beta 1 telah pun dikeluarkan pada hari ini kepada pembangun dan juga pengguna berdaftar di bawah program Public Beta. Terdapat pelbagai ciri dan fungsi baharu yang terdapat dalam kemas kini ini. Antaranya ialah:

Ciri Deep Fusion untuk iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max: Deep Fusion membawakan pembelajaran mesin bagi memproses imej pada setiap piksel, tekstur, butiran yang jelas, dan “noise” di setiap bahagian imej. Dengan ini akan menghasilkan satu imej dengan objek atau tekstur yang lebih jelas pada imej tersebut. Di bawah ialah contoh perbandingan Smart HDR dan Deep Fusion ini, kredit kepada jurufoto Tyler Stalman @stalman


Ikon AirPods yang baharu: Terdapat sebuah ikon baharu yang memperlihatkan rekaan AirPods 3(?) dengan tip telinga getah yang dikhabarkan akan dilengkapi dengan with active noise control (ANC), juga dikenali sebagai noise cancellation, atau active noise reduction (ANR). Terdapat beberapa gambar yang telah tertiris menunjukkan rekaan AirPods yang baharu ini. Kredit: MacRumors

Ikon ini dijumpai pada bahagian Accessibility Settings, berkemungkinan akan terdapat ciri baharu pada AirPods generasi seterusnya ini.


Announce Messages With Siri: ciri ini membolehkan untuk Siri mengumumkan mesej yang bakal masuk dan telah diaktifkan semula pada iOS 13.2 ini. Untuk mengaktifkan, pergi ke Settings > Siri > Search > Announce Messages. Kredit: MacRumors


Panel tetapan Home Screen & Dock yang tersendiri: Panel bagi Home Screen & Dock kini telah dipindahkan daripada Display and Brightness kepada panel yang berasingan dan tersendiri di dalam Settings pada peranti iPad. Kredit u/BuBubbi


Senarai lagu yang pernah dimainkan: Pengguna kini boleh melihat senarai (sejarah) lagu yang pernah dimainkan sebelum ini dalam aplikasi Music. Kredit: u/hiddecollee


Research Privacy pada aplikasi Settings: Terdapat pilihan Research di dalam halaman Privacy pada aplikasi Settings yang untuk aplikasi Research yang bakal dilancarkan kelak. Kredit: MacRumors


Bunyi kelantangan pada Control Center: Apabila anda menyambungkan fon telinga seperti AirPods, Beats Pro, atau BeatsX ke iPhone atau iPad, bar kawalan bunyi kelantangan akan menunjukkan ikon fon telinga yang disambungkan. Kredit: MacRumors


Ikon kecerahan dan bunyi kelantangan yang lebih besar: Ikon kedua-dua tetapan ini mempunyai saiz yang lebih besar pada bar kawalan masing-masing di Control Center berbanding iOS sebelum ini. Kredit: Duraid Abdul @duraidabdul


Tiada ikon peranti pada bar kawalan bunyi kelantangan: Ikon peranti tidak lagi dipaparkan pada bahagian bar kawalan bunyi kelantangan di Control Center jika dibuat “deep press” pada bar kawalan tersebut. Kredit: u/michaeljackson99


AirPlay & Handoff: Halaman Handoff pada aplikasi Settings > General kini dikenali sebagai halaman AirPlay & Handoff dengan pilihan baharu iaitu “Transfer to HomePod” dan juga pilihan untuk menyahaktifkan AirPlay ke TV secara automatik. Kredit: MacRumors


HomeKit Grouping: Di dalam aplikasi HomeKit, terdapat pilihan untuk “group” atau “ungroup” aksesori yang mempunyai pelbagai fungsi. Kredit: MacRumors


Rekaan butang baharu pada Time Limit: Rekaan butang “OK” pada Time Limit mempunyai rekaan yang baharu apabila ciri tersebut diaktifkan. Kredit: u/mvbalan


Label pada tetapan Wallpaper: Apabila memilih suatu latar belakang, label Perspective atau Still dipaparkan apabila memilih salah satu tetapan tersebut. Kredit: u/michaeljackson99

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen