iPhone

iPhone SE 3 Dengan 5G Dilapor Bakal Dilancarkan Pada Suku Pertama Tahun Hadapan

Apple iPhone SE generasi ketiga dilaporkan akan hadir pada suku pertama 2022 hadapan. Menerusi laporan oleh firma penganalisa TrendForce melaporkan, iPhone SE 3 ini juga bakal dilengkapi dengan teknologi rangkaian 5G selepas siri model iPhone 12 dan iPhone 13.

Ini juga akan menjadikan sebagai versi asas bagi model iPhone mampu milik dengan 5G. Jangkaan penjualan adalah sekitar 25 hingga 30 unit jualan pada tahun hadapan. Jika betul, iPhone SE generasi ketiga ini akan dilancarkan pada akhir bulan Mac 2022 seperti mana pelancaran generasi sebelum ini.

Model iPhone dibawah jenama SE ini adalah menggunakan semula rekaan iPhone sebelum ini, bagi generasi pertama menggunakan rekaan iPhone 5s dan iPhone 8 bagi generasi kedua. Berdasarkan khabar angin, Apple berkemungkinan akan menggunakan semula rekaan iPhone XR pada generasi ketiga untuk iPhone SE baharu ini.

iPhone SE 1 dilancarkan pada bulan Mac 2016 dan dihentikan pada September 2018 dengan storan 16GB pada harga RM1,949 dan RM2,449 untuk 64GB. Bagi iPhone SE 2 pula dilancarkan pada Mac 2020 dan dijual sehingga kini dengan storan 64GB pada harga RM1,999 dan RM2,199 untuk 128GB. Kedua-dua model ini mula memasuki pasaran tempatan pada bulan April tahun dilancarkan.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen