Aksesori Berita

6 Warna Terbaru Kerangka iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Diperkenalkan

Dengan warna terbaru edisi terhad iPhone 7 dan iPhone 7 Plus berwarna merah, Apple juga turut mengemaskini dan mengeluarkan 6 warna terbaru bagi kerangka untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.  6 warna kerangka tersebut dipisahkan kepada 3 versi getah dan 3 versi kulit.

Kerangka versi getah boleh didapati untuk variasi warna Azure, Camelia dan Pebble – atau warna biru muda, coklat muda dan merah jambu. Variasi warna untuk kerangka versi kulit pula ialah taupe, sapphire dan berry – dua warna terakhir masing-masing ialah biru gelap dan merah gelap.

Harga kerangka ini masih harga yang sama seperti warna yang lain sebelum ini. Untuk versi getah, harga bermula dengan RM169 dan versi kulit bermula dengan harga RM209 mengikut jenis peranti iPhone masing-masing. Bagi yang berminat, boleh membeli di laman sesawang Apple atau di AASP (tunggu kemas kini oleh mereka).

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen