Berita iPhone

Apple Memperkenalkan iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Berwarna Merah


Apple hari ini secara rasminya memperkenalkan edisi terhad iPhone 7 dan iPhone 7 Plus versi Product Red. Bagi yang tidak tahu, Product Red (PRODUCT)RED) ini merupakan kempen oleh syarikat RED bagi penjualan produk oleh rakan kongsi yang diwarnakan dengan warna merah dan sebahagian hasil jualan produk tersebut akan disumbangkan bagi membantu pesakit HIV/AIDS di Afrika. Apple mula menyertai kempen ini pada tahun 2006 dengan produk iPod Nano.

Harga iPhone 7 Product Red ini bermula dengan harga dari RM3699 untuk kapasiti storan 128GB dan RM4199 untuk kapasiti storan 256GB. Bagi iPhone 7 Plus Product Red pula, harga bermula dari RM4299 untuk kapasiti storan 128GB dan RM4799 untuk kapasiti storan 256GB. Tiada kapasiti storan 32GB untuk versi edisi terhad Product Red ini dan kesemua aksesori adalah sama seperti warna lain (masih warna putih) kecuali tulisan pada kotak sahaja yang berwarna merah.

Bagi yang ingin membeli edisi terhad iPhone 7 dan iPhone 7 Plus versi Product Red ini boleh membuat tempahan pada 24.03 ini iaitu hari Jumaat bermula dari pukul 11.01pm di laman sesawang Apple. Penghantaran akan bermula pada penghujung bulan Mac bagi negara Australia, Belgium, Canada, China, France, Germany, Hong Kong, Italy, Japan, Mexico, Netherlands, New Zealand, Russia, Singapore, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, the UK dan United Arab Emirates. Negara Brazil, Chile, Colombia, India, Turkey dan negara lain akan bermula dari awal bulan April.

Sumber: Apple


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen