Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) Switch kini telah membuat diskaun untuk peranti iPhone 5s pada harga yang murah, dengan berharga RM1,099 (sebelum ini Rm1,299) ia merupakan iPhone yang murah dijual dalam keadaan yang baru (bukan peranti terpakai atau peranti gantian terpakai). Harga istimewa ini hanya terhad kepada iPhone 5s 16GB Silver dan Space Gray sahaja.
iPhone 5s mungkin tampak sebagai peranti ‘lama’, namun dengan sistem pengesan cap jari Touch ID termasuklah sokongan sistem operasi iOS 10.3.1 kini dan boleh menyokong sistem operasi iOS 11 yang akan keluar pada tahun ini dilihat masih mampu untuk menjalankan beberapa aplikasi sosial yang berat dan sangat sesuai untuk dijadikan peranti utama atau kedua ataupun untuk digunakan oleh anak-anak/adik anda serta untuk yang ingin mencuba menggunakan peranti iOS.
Sebagai rangkuman, iPhone 5s mula diperkenalkan pada tahun 2013 lepas dengan skrin bersaiz 4-inci. Dilengkapi dengan sistem pemprosesan Apple A7 dan gerakan kopemproses Apple M7 serta 1GB RAM dalam variasi kapasiti storan 16GB, 32GB, dan 64GB. Mempunyai bateri dengan saiz 1560 mAh, kamera belakang dengan 8 megapiksel dan kamera hadapan dengan 1.2 megapiksel.
Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian di laman jualan rasmi Switch sahaja.
Sumber: Switch
Tambah Komen