Berita iPhone

Apple iPhone 5s Kini Dijual Dengan Harga RM999

Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) Machines kini mula menjual peranti Apple iPhone 5s dengan kapasiti storan 16GB set original (1st hand) yang boleh didapati pada dua variasi warna sahaja iaitu warna Silver dan Space Grey pada harga RM999. Harga terbaru ini murah sedikit berbanding promosi yang ditawarkan oleh Switch dengan harga RM1,099 sebelum ini.

Adakah ia berbaloi? iPhone 5s mungkin tampak sebagai peranti ‘lama’, namun dengan sistem pengesan cap jari Touch ID termasuklah sokongan sistem operasi iOS 10.3.2 kini dan boleh menyokong sistem operasi iOS 11 yang akan keluar pada tahun ini dilihat masih mampu untuk menjalankan beberapa aplikasi sosial berat dan masih sesuai untuk dijadikan peranti utama atau kedua ataupun untuk digunakan oleh anak-anak/adik anda serta untuk yang ingin mencuba menggunakan peranti iOS.

Sebagai rangkuman, iPhone 5s mula diperkenalkan pada tahun 2013 lepas dengan skrin bersaiz 4-inci. Dilengkapi dengan sistem pemprosesan Apple A7 dan gerakan kopemproses Apple M7 serta 1GB RAM dalam variasi kapasiti storan 16GB, 32GB, dan 64GB. Mempunyai bateri dengan saiz 1560 mAh, kamera belakang dengan 8 megapiksel dan kamera hadapan dengan 1.2 megapiksel.

Bagi yang berminat, anda boleh membeli iPhone 5s ini di laman jualan rasmi Machines atau pada semua cawangan rasmi Machines seluruh negara.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen