Berita

Machines Menawarkan iPhone SE 16GB Pada Harga RM1199, iPhone 5s 16GB – RM999 Dan Banyak Lagi


Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) atau wakil penjual rasmi Apple iaitu Machines hari ini telah mengumumkan penjualan penghabisan produk mereka yang akan berlangsung pada 28 Julai sehingga 30 Julai 2017 ini. Pelbagai produk yang ditawarkan pada harga murah antaranya produk untuk penjualan habis (clearance), produk ‘ExDemo’, aksesori dan produk Beats. Lokasi penjualan ini hanya terletak pada satu tempat sahaja iaitu di pasaraya Avenue K, Event Hall tingkat 4.

Produk untuk penjualan habis yang ditawarkan ialah Apple Watch generasi pertama/Series 0 38mm Stainless Steel pada harga RM1,799 dan RM1,979 untuk warna hitam. iPhone 5s pula ditawarkan pada harga RM999 dan jika anda membeli dua set, akan mendapat diskaun sebanyak 50% untuk set kedua. Untuk iPhone SE 16GB pula dijual dengan harga RM1,199 yang sebelum ini dijual pada harga RM1,949.

Terdapat juga peranti tablet iPad bermula dari iPad Pro sehinggalah iPad Mini 4 dengan variasi kapasiti storan 32GB, 128GB dan 256GB mengikut harga pada iPad masing-masing yang dijual. Komputer Macbook dan iMac juga turut dijual dengan potongan harga yang ditawarkan antaranya ialah Macbook 12 Retina, Macbook Air 13-inci, Macbook Pro 13-inci, Macbook Pro 13-inci & 15-inci dengan Touch Bar dan iMac 27-inci dengan paparan skrin 5k.

Bagi produk ExDemo pula ialah iPhone 6s – RM1,299, iPhone 6s Plus – RM1,699, iPhone SE – RM799 yang dijual untuk kapasiti storan 16GB manakala untuk iPhone 7 32GB ialah RM2,699. iPad juga dijual dengan iPad Pro 9.7 & 12.9, iPad Air 2 dan iPad Mini 2. Untuk komputer Macbook dan iMac pula ialah Macbook 12-inci Retina, Macbook Air 13-inci, Macbook Pro 13-inci, Macbook Pro 13-inci & 15-inci dengan Touch Bar, iMac 21.5-inci, iMac 21.5-inci dengan paparan skrin 4K dan iMac 27-inci dengan paparan skrin 5K.

Perlu diingatkan bahawa produk ExDemo ini ialah produk yang diletakkan pada meja kedai dan digunakan untuk pengguna mencuba peranti tersebut. Kesan calar, kemik akibat jatuh dan sebagainya akan terdapat pada produk ini, bateri juga tidak akan tahan dengan lama berbanding produk penjualan habis.

Selain itu, produk Beats iaitu fon telinga juga ditawarkan dengan harga yang murah tetapi ianya ialah produk generasi yang lama/sebelum ini dan bukan generasi yang terbaru seperti Beats Solo 2 dan Beats PowerBeats 2. Untuk aksesori pula yang ditawarkan ialah antaranya kerangka iPhone, kabel pengecas, speaker tanpa wayar dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, anda boleh pergi ke tempat di pasaraya Avenue K, Event Hall tingkat 4 pada 28 Julai sehingga 30 Julai 2017 ini bermula dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Semua produk yang ditawarkan mempunyai bekalan stok tertentu dan ‘siapa cepat, dia dapat’. Untuk yang berdaftar dengan ahli Machines+, anda boleh membeli lebih awal dari bukan ahli pada tarikh 27 Julai 2017 dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Anda masih boleh mendaftar untuk menjadi ahli Machines+ (RM30) sehingga hari ini (26 Julai) untuk mendapatkan peluang bagi boleh membeli pada besok hari dengan lebih awal dan tidak perlu menunggu pada hari jumaat untuk bukan ahli.

Sebarang syarat, terma dan etika serta info lain ketika penjualan ini berlangsung yang perlu anda ikuti ada disediakan di laman web rasmi Machines. Untuk pertanyaan, anda boleh ajukan pada Facebook Page rasmi Machines.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen