Berita iPhone

Kapasiti Storan iPhone SE Digandakan Kepada 32GB Dan 128GB

Selepas melancarkan edisi terhad iPhone 7 dan iPhone 7 Plus versi Product Red, Apple juga membuat kejutan dengan menggandakan kapasiti storan bagi model peranti pertengahan iaitu iPhone SE pada harga yang sama seperti sebelum ini. Harga akan bermula dari RM1949 untuk kapasiti storan 32GB dan RM2449 untuk kapasiti storan 128GB. Tiada perubahan dari segi luaran berbanding dengan model kapasiti 16GB sebelum ini.

Tempahan peranti iPhone SE dengan konfigurasi baru ini akan bermula pada pada 24.03 ini iaitu hari Jumaat bermula dari pukul 11.01pm. Seperti konfigurasi sebelum ini, peranti iPhone SE masih kekal dengan warna silver, gold, space gray dan rose gold serta cip pemprosesan A9. Spesifikasi dalaman peranti iPhone SE ini adalah sama seperti peranti iPhone 6s dengan kamera 12 megapiksel tapi tiada 3D Touch.

Konfigurasi peranti iPhone SE sebelum ini bermula dengan kapasiti storan 16GB dan yang paling tinggi ialah 64GB. Bagi yang belum tahu, iPhone SE kapasiti storan 16GB telah dipromosikan kepada harga RM1699 pada 9 Mac lepas (stok terakhir mungkin masih ada sekarang ini). Bagi yang berminat, boleh membuat tempahan pada laman sesawang Apple.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen