Apple HomePod Berita

HomePod – Speaker Pintar Untuk Rumah Dibangunkan Oleh Apple


Nampaknya khabar angin dan desas-desus sebelum ini adalah betul dan Apple telah memperkenalkan dengan secara rasminya speaker pintar untuk rumah yang dibangunkan oleh mereka yang dinamakan sebagai HomePod. Speaker pintar ini hadir dengan integrasi Siri akan mula dijual pada akhir tahun ini bermula dengan negara terpilih iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Untuk seluruh dunia akan mula dijual pada tahun hadapan.

HomePod juga turut mempunyai sistem teknologi pengecaman persekitaran bilik untuk menawarkan pengalaman audio berbanding produk pesaing yang lain. Dilengkapi dengan cip pemprosesan seperti iPhone iaitu cip Apple A8, anda boleh bercakap dengannya seperti pertanyaan soalan dan sebagainya termasuk sokongan Apple Music.

Speaker pintar ini juga menyertakan sebanyak 6 mikrofon untuk memudahkan pengguna bercakap walaupun muzik yang dimainkan dengan kuat selain dengan sokongan integrasi peralatan HomeKit yang lain. Dijual dengan harga $349 (~RM1500), pasti ramai yang ternantikannya.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen