Acara Khas Apple Apple HomePod

Apple HomePod Mini Diperkenalkan – Speaker Pintar Bersaiz Kecil Dan Kompak


Pada acara khas Apple yang telah berlangsung pada hari ini telah menyertakan beberapa pengumuman serta pelancaran produk yang baharu. Produk yang pertama ialah Apple HomePod Mini, speaker pintar ini merupakan generasi kedua bagi Apple HomePod yang telah dilancarkan pada dua tahun yang lepas.

Apple HomePod Mini ini ialah 80% lebih kecil berbanding Apple HomePod sebelum ini. Dengan rekaan bersaiz kecil dan kompak, ia menjadikan speaker pintar yang berkuasa dengan pembantu suara pintar dan kelantangan audio yang berkualiti tinggi.

Apple HomePod Mini ini juga hadir dengan ciri boleh mengawal aksesori dan peranti rumah pintar menggunakan arahan suara, sama seperti generasi yang pertama. Pengguna juga boleh meletakkan peranti seperti iPhone ke arah HomePod Mini untuk memainkan audio yang sedang didengari seperti Apple Music, Apple Radio mahupun sebagai pembesar suara untuk panggilan.

Selain itu, Apple juga turut memperkenalkan sistem interkom yang baharu dimana pengguna boleh berhubung sesama ahli keluarga yang berada di dalam rumah. Seseorang ahli keluarga boleh menghantar mesej interkom daripada satu HomePod kepada yang lain tidak kira dimana-mana sahaja peranti ini berada samada di dalam bilik tidur atau ruang serta bilik di dalam rumah tersebut.

Sistem interkom ini juga boleh diguna pakai antara peranti Apple yang lain seperti iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch, AirPods dan CarPlay. Pengguna juga boleh menerima mesej interkom dan menghantarnya kembali daripada kawasan persekitaran rumah atau sewaktu kembali ke kediaman.

Terdapat juga beberapa ciri baharu dan penambahbaikan, seperti contoh ciri Find My. Bagi pengguna yang terlupa atau meletakkan peranti yang tidak dapat dijumpai kini boleh menggunakan HomePod Mini ini untuk mencari peranti iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch dengan bunyi dimainkan untuk menandakan tempat ia berada.

Seperti biasa, Apple HomePod Mini ini tidak terdapat dan tidak boleh didapati secara rasmi di Malaysia. Bagi pengguna yang berminat anda perlu mendapatkannya di negara jiran seperti Thailand dan Singapura melalui kedai rasmi Apple Store.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen