Apple HomePod

Pra-Tempahan HomePod Mini Berwarna Kini Dibuka Untuk Negara Australia, New Zealand, India Dan Sebahagian Negara Eropah


Apple pada hari ini telah membuka pra-tempahan bagi HomePod mini berwarna kuning, oren dan biru di negara Australia dan New Zeland. Di negara Amerika Syarikat, Kanada, China, Hong Kong, Jepun dan Taiwan sudahpun menjual HomePod mini berwarna ini beberapa minggu lepas.

Ketiga-tiga pilih warna baharu ini hadir dengan kabel kuasa bertenun yang juga sama warna. Aksesori lain yang terdapat di dalam kotak ialah pelekat logo Apple berwarna putih dan pengecas USB-C 20W. Tiada sebarang perubahan yang dilakukan dari segi spesifikasi dalaman termasuklah harga yang dijual.

Apple juga berkata, pilihan HomePod mini berwarna ini juga bakal dilancarkan di negara Austria, Perancis, German, India, Ireland, Itali, Sepanyol dan UK pada penghujung bulan November ini. Bagi pasaran tempatan, masih belum ada sebarang khabar angin lagi sehingga kini.

Pengguna yang berminat bermastautin di negara-negara di atas boleh membuat tempahan melalui laman jualan dalam talian rasmi Apple atau menggunakan aplikasi Apple Store.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen