Berita Mac

Komputer Untuk Golongan Profesional – iMac Pro Diperkenalkan


Terdapat beberapa khabar angin mengenai iMac Pro yang dikhabar bakal dibangunkan oleh Apple untuk golongan profesional. Pada Apple WWDC 2017 hari ini, Apple telah menjawab persoalan tersebut dengan memperkenalkan iMac Pro – komputer Mac yang berkuasa tinggi setakat ini.

Spesifikasi iMac Pro ini hadir dengan cip pemprosesan Xeon bermula dari 8-teras sehingga 18-teras ditambah pula dengan memori ECC 128GB dan storan SSD sehingga 4TB, ia menjadikan komputer Mac yang paling berkuasa dihasilkan oleh mereka – menurut Apple. Tidak cukup dengan itu, paparan skrin iMac Pro ini mempunyai 44 juta piksel bersaiz 27-inci dengan resolusi 5K. Dengan empat port Thunderbolt 3 dan sokongan realiti-maya, iMac Pro boleh dihubungkan pada dua monitor 5K pada masa yang sama.

iMac Pro ini menjadikan komputer iMac pertama yang hadir dengan warna Space Grey termasuklah aksesori seperti papan kekunci, magic trackpad dan juga tetikus yang berwarna Spave Grey. iMac Pro bakal ditawarkan di United States pada penghujung tahun ini yang dijual dengan harga $4999 – ~RM21312 harga semasa pasaran tempatan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen